بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
AKAN DATANG ! KEMBARA SYIFA' SIFAR SABAH.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Pusat Rawatan Islam Al Baqarah mula diasaskan pada tahun 2007. Bermula secara kecil-kecilan dengan premis perniagaan yang beralamat di Tawau, Sabah, Pusat Rawatan Islam Al Baqarah telah melebarkan sayap dengan menawarkan perbagai khidmat rawatan islam, bekam, akupuntur dan juga penjualan produk berasaskan herba semula jadi.
Pusat Rawatan Islam Al Baqarah mula diasaskan oleh Thobib Faisal (Pengarah Sekolah Herbalis Muslim) cawangan Sabah dan dibantu oleh beberapa perawat yang berpengalaman dalam bidang rawatan Islam Syifa'.
Perawat yang berpengalaman.
Pengarah utama Pusat Rawatan Islam Al Baqarah mempunyai pengalaman lebih daripada 20 Tahun dalam bidang terapi rawatan Islam dan ruqyah.
Waktu & tempat yang fleksibel.
Pesakit boleh menetapkan masa dan tempat untuk membuat rawatan, sama ada boleh dilakukan di kediaman persendirian ataupun di pusat rawatan.
Privasi & kebolepercayaan dalam rawatan.
Perawat telah diterapkan untuk menjaga rahsia pesakit dan hanyalah urusan antara perawat & pesakit sepanjang tempoh rawatan sehingga selesai.
"Alhamdulillah, dengan izin Allah selepas beberapa kali menjalani rawatan disini, saya rasa lebih tenang dan tiada lagi gangguan ketika tidur. Semoha Allah terus memberikan kesembuhan & memberkati usaha para perawat
- Arlyn, Tawau.
"Saya selalu berasa penat & lesu. Alhamdulillah, selepas beberapa kali menjalani terapi bekam, badan saya mula bertenaga. Proses rawatan dilakukan mengikut SOP & rawatan dilakukan mengikut sunnah.
- Nik, Tawau.
"Datang ke sini bukan sahaja untuk rawatan fizikal, malahan saya juga mendapat motivasi dan bimbingan kaunseling daripada para perawat. Terasa lebih tenang dan dekat dengan Allah selepas rawatan.
- Aley, Tawau.
**Gambar yang ditonjolkan hanyalah sebagai tontonan kepada pesakit & tidak ada kaitan dengan testimoni yang telah diberikan oleh pesakit.